Kerajaan Khulafa al-Rasyidin adalah kesinambungan daripada kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad saw.

Khalifah ialah orang yang memegang jawatan ketua Negara Islam.

Khulafa’ al-Rasyidin ialah gelaran kepada empat seorang sahabat yang memegang jawatan dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah.
Mereka ialah :

a) Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
b) Khalifah Umar Al-Khattab
c) Khalifah Usman bin Affan
d) Khalifah Ali bin Abi Talib

Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin berpusat di Madinah

Pemerintahannya berkuasa selama lebih kurang 29 tahun iaitu dari tahun 11 Hijrah sehingga tahun 41 Hijrah.

RIWAYAT HIDUP KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ



Nama: Abdullah bin Abi Qohafah
Tarikh lahir: 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah
Keturunan: Bani Tamim
Gelaran: As-Siddiq (membenarkan segala perbuatan dan percakapan Rasul SAW)Tarikh wafat: 13H (memerintah 2 tahun)

RIWAYAT HIDUP KHALIFAH UMAR BIN AL-ALKHATTAB

  • Umar bin Al-Khattab bin Naufal 
  • Tarikh lahir: 584M (13 tahun selepas kelahiran Rasul SAW) 
  • Keturunan: Bani A’di, Quraisy 
  • Tarikh perlantikan: Selasa 22 jamadil awal tahun 13H 
  • Tempoh perkhimatan: 10 tahun 6 bulan 
  • Tarikh wafat: Zulhijjah tahun 23H (usia 63 tahun) 
  • Gelaran: Al-Farok (pemisah antara yang hak dan yang batil)

RIWAYAT HIDUP KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

Nama beliau: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib
Tarikh lahir: 601M (10 tahun sebelum nabi menjadi rasul)
Keturunan: Bani Hasyim
Dilantik menjadi khalifah pada tahun 35 H
Tempoh perkhimatan: 4 tahun
Tarikh wafat: 17 Ramadhan 41H (655M)
Merupaka kanak-kanak pertama memeluk islam
Didoakan karamah Allahu wajhah bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala

RIWAYAT HIDUP KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Nama: Uthman bin Affan bin Al-Aus bin Umayyah
Tarikh lahir: 576M (6 tahun selepas kelahiran Rasulullah)
Keturunan: Bani Umayyah
Dilantikan menjadi khalifah: 23H (644M)
Tempoh perkhimatan: 12 tahun
Tarikh wafat: 35H (dibunuh oleh pemberontak ketika sedang membaca al-Quran)
Gelaran: Zu Nurain (yang punya dua cahaya kerana mengahwani 2 orang puteri Rasul SAW

PERLANTIKAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

  • keadaan negara kurang stabil selepas pembunuhan Saidina Uthman
  • puak-puak pemberontak meminta Saidina Ali menjadi khalifah
  • permulaannya beliau tidak bersetuju,tetapi disebabkan keadaan negara semakin teruk beliau pun menenerima jawatan tersebut
  • orang ramai memberi bai`ah kepada beliau kecuali beberapa puak Umayyah sahaja

PERLANTIKAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

  • Saidina Umar mencadangkan beberapa sahabat sebagai pengganti
  • Antara sahabat yang dicadangkan ialah Saidina Uthman, Saidina Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidah, Zubir bin al-Awwam, Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf
  • Talhah, Zubair dan Saad menarik diri
  • Saidina Uthman telah diisytiharkan sebagai khalifah berdasarkan pendapat sahabat dan orang ramai

PERLANTIKAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB

  • Menjadi khalifah melalui wasiat daripada Abu Bakar demi menyelamatkan umat dari berpecah

  • Wasiat tersebut ditulis oleh Saidina Uthman bin Affan yang kemudiannya diumumkan kepada orang ramai

  • Perlantikan Saidina Umar bin al-Khattab sebagai khalifah telah dipersetujui oleh para sahabat.

DASAR PENTADBIRAN / PEMERINTAHAN KHULAFA' AL- RASYIDIN


  • Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan kepada al-Quran dan hadis. 
  • Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis syura dan ijtihad. 
  • Pemimpin bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil . 
  • Khalifah merupakan ketua negara . 
  • Khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-undang. 
  • Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan. 
  • Pemimpin dan rakyat sama-sama bertangunggjawab membangun dan memajukan negara. 
  • Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah. 
  • Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut saluran tertentu.

T4M/S 177

PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PENTADBIRAN KHULAFA' AL-RASYIDIN

  • Menubuhkan majlis as-syura
  • Mewujudkan pentadbiran wilayah atau mewujudkan jawatan baru bagi mentadbir wilayah dengan adil dan mantap
  • Penubuhan jabatan yang dinamakan ad-Diwan ( Diwan al-Jund dan Diwan al-kharaj)

PERLANTIKAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ

  • Perlantikan menjadi khalifah Setelah Rasulullah wafat.
  • Golongan Muhajirin dan Ansar berselisih pendapat untuk memilih penganti baginda.peristiwa tersebut berlaku di Saqifah Bani Sa’adah.
  • Wakil kedua-dua golongan memberi ucapan.
  • Abu Bakar mencadangkan Umar bin Al-Khattab dan Abu Ubaidah menjadi khalifah.
  • Kedua-dua calon tersebut menolak cadangan tersebut dan memberi baiah kepada Abu Bakar sebagai khalifah.

Setelah kewafatan Rasulullah

Nama tempat : saqifah bani Saadah

Ansar
>>Aus 
>>Khazraj : Saad bin Abi Ubadah

Muhajirin
>>Abu bakar al-Siddik 
      -----> saidina Umar
      ---------> Abu Ubaidah
     

Perkembangan ketenteraan pada zaman kerajaan Bani Umayyah:


•         Muawiyah banyak mengambil pengaruh Parsi dengan membahagikan pasukan tentera kepada lima pasukan
•         Angkatan tentera  dilengkapi dengan peralatan moden dan canggih
-          Pasukan tentera KDJ  - Latihan MPS
•         Armada laut diperkenalkan oleh Muawiah
•         Abdul Malik bin Marwan:
            -RWT           -DJ ditubuhkan -} mentadbir HET
  • Panglima tentera yang terkenal

LATIHAN

Kerajaan Islam di bawah pemerintahan khulafa al-Rasyidin berpusat di ______  

Pemerintahan khulafa al-Rasyidin telah memerintah selama _________

Khalifah Abu Bakar as-Siddik dilantik menjadi khalifah pada tahun ____ Hijrah

Khalifah Umar bin al-Kattab dilantik menjadi khalifah pada tahun ____ Hijrah

Khalifah Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah pada tahun ____ Hijrah

Khalifah Ali bin Abi Talib dilantik menjadi khalifah pada tahun ____ Hijrah

Khalifah Abu Bakar as-Siddik wafat pada tahun _____ Hijrah

Khalifah Umar bin al-Khattab wafat pada tahun _____ 
Hijrah

Khalifah Uthman bin Affan wafat pada tahun _____ 
Hijrah

Khalifah Ali bin Abi Talib wafat pada tahun _____ 
Hijrah
Perlantikan Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah telah diumumkan oleh sahabat bernama Abdul Rahman bin Auf
Khalifah Ali bin Talib wafat pada tahun   40  Hijrah
Khalifah Abu Bakar as-Siddik wafat pada tahun   13  Hijrah
Khalifah Umar bin al-Khattab wafat pada tahun   23  Hijrah
Khalifah Uthman bin Affan wafat pada tahun   35  Hijrah